Assalamualaikum everyone! Haaa nampak tak bersopan santun di situ. Sedang cuba nak menonjolkan watak senior yang baik di sini *sikat rambut belah tengah, pakai spect*.
Ehem, ehem. Hai adik2. Haaa adik2 yang terjumpa post ni mesti sebab korang ada google pasal asasi or anything yang seangkatan dengannya kan? Masa akak (HAHA lawok pulak rasa xD) tulis blog ni adik2 semua belum dapat result UPU lagi kan? But if some time later, after dah dapat result UPU apa semua, adik2 google2 tu terjumpa blog ni, memang sah! Memang sah lah sebab korang dapat Asasi Sains UiTM Puncak Alam kan?
So, adik2, tahniah lah ye. Nak sambung belajar ni bukannya senang. Dah tu, mesti ada je kan yang kecewa, yelah, nak asasi UM, tapi sekali dapat asasi UiTM, konon downgrade lah. Ada je kan kes macam tu, kecewa tahap guling2. Perspesi orang, kita tak boleh nak ubah, tapi mindest kita, kita boleh ubah. Di mana2 sahaja pun kita berada, biarlah niat kita hanya satu. Untuk belajar, untuk perbaiki diri. Dan kalau dah belajar tu, kita semua sama, takde yang lebih, takde yang kurang, takde perbezaan standard, kan? :)
Okay, first things first: Asasi ni memang susah dik oi. tak boleh dinafikan. Baik yang genius, baik yang tak genius, baik yang rajin, baik yang malas tapi otak brilliant sampai rasa macam nak korek otak dia tengok apa yang membuatkan dia genius sangat, memang akan cakap susah. But hey, susah macam mana pun, still thousands of students took up asasi dalam pilihan UPU korang kan kan kan.
Pesan akak satu je; ke mana pun arah tuju adik2, semuanya mesti ada ups and downs. Semua benda pastinya ada susah ada senangnya. Jangan mudah termakan dengan kata2 orang, "Denstist lagi senang daripada medic lah!", "Medic susah gila sampai orang tak tidur seminggu study," and all that. You decide what you want, and aim for it. If niat tu betul, InsyaAllah, Tuhan tu akan permudahkan untuk adik2. Seseorang hamba itu takkan diuji melebihi kemampuan mereka. :)
So, sekian sesi tarbiyyah. Take note on Lesson 1: Jadi pelajar asasi mesti sentiasa cuba perbaiki diri and kuatkan iman.
At my time asasi sains and engineering still menumpang kat UiTM Puncak Alam and in planning to move semua pelajar asasi ke UiTM Dengkil after kampus tu dah siap. So either ways, its still asasi, so basically wherever it is, its still the same thing right?
Adik2, I'm sure you don't want to bore yourself dengan cerita2 pasal classes and syllabus dalam ke-eksaited-an korang dapat offer asasi ni kan. Chillax dulu! Kita kenal2 je lah dulu dengan kampus UiTM Puncak Alam okay.
Part 1: Kolej Kediaman
For girls, nama kolej kediaman korang is Rafflesia. Unik kan? And for guys, nama kolej kediaman korang adalah angsana. Ada 6 kolej kediaman untuk Rafflesia and 5 for Angsana. More kolej kediaman in progress sebenarnya so if you're lucky, maybe korang dapat lah kot kolej kediaman baru! Lain lah akak2 korang ni memang dah melepas lah, so dapat merasa leftovers senior2 lepas je. Each kolej ada dalam 7 and above tingkat, since it differs ikut kolej, but no worries, ada lif. But of course kalau lif tu rosak lain lah cerita kan. Once at my time one of the kolej Angsana punya lif dua-dua rosak, so since diorang takde kepak nak terbang maka diorang terpaksa lah naik tangga. Ish ish ish.
Kolej ni ala2 apartment, so each unit we called it as rumah. Each rumah ada 4 bilik from A to D, and each bilik is occupied by 2 person. Total ada 8 orang dalam rumah. But bagi those yang tinggal tingkat 1, each rumah ada 5 bilik so in total there are 10 people dalam satu rumah. As for roomates or housemates, kalau korang nak sama bilik or rumah dengan kawan2 korang, boleh aje, but caranya korang kena janji datang sama2 and daftar sekali. Sorry takde system booking2.
I have to say, student asasi ni hidup dia memang mewah bak hang, sebab each person dibekalkan dengan katil, locker, meja study, and you guys don't even have to kongsi2. Semuanya hak milik sendiri (to be specific its actually UiTM punya, but korang sewa ;P). Each bilik ada LAN port, so bawa lah LAN cable sendiri kalau nak berhubung dengan dunia luar. Or kalau kaya sikit bawa lah broadband. Ini teramat lah disarankan atas sebab2yang akan aku ceritakan nanti. As for electrical appliances, make sure you register it, and as far as I know TV, peti ais dengan rice cooker tu agak2 lah korang nak angkut mai PALAM ni. Yang lain tu boleh je nak bawa kot, tapi nak bawa banyak2 tu pastikan dulu $$$ korang bantak sebab each electrical appliance costs RM10 and you have to put stickers on it. Rasa tak berbaloi kan bayar RM 10 semata2 nak dapat sticker :P
Ihsan google.
Realitinya di PALAM.
Locker aku.
Penghuni R1301.
R: Rafflesia.
1: Blok 1.
3: Tingkat 3.
01: Rumah 1.
Moving on, each rumah ada 2 bathroom, one ada toilet bowl kat dalam and another one without toilet bowl but awesome shower, and one toilet cangkung. Ada juga ampaian yang kecik comel namun mampu membuatkan korang sakit hati kalau housemate korang dah conquer ampaian tu habis-habisan HAHA. Also ada dua sink, one of them ada cermin, and the other one sinki untuk basuh baju or pinggan mangkuk or boleh je guna untuk basuh muka gosok gigi kalau dah desperate. Sebelah sinki tu juga ada tempat untuk letak korang punya toiletries.
Adik2 yang cantik2 hensem2 comel2 jambu2, bathroom and toilet korang kena cuci sendiri ye! Dulu memang ada system cleaner, but dunno bila entah dah dimasuhkan, so pandai2 lah hidup ye. :)
So sekarang kita ke tingkat satu kolej. Tingkat 1 ada bilik bacaan untuk student study, tapi motif dia kat sini sebenarnya dekat bilik bacaan tu ada TV. Tapi tengok nasib korang baik ke tak lah kalau TV tu boleh buka or tak. And then ada surau.
Surau.
Bilik Bacaan.
And then ada bilik dobi bagi adik2 yang rajin macam akak korang ni muahaha. Dobi RM2 sekali basuh, boleh guna both syilling and duit kertas tapi disarankan masa korang nak pi dobi tu bawa je both coins and kertas. Mana tau mesin tu rosak, tak payah 2, 3 kali kerja nak naik turun.
Haaa ni cek nak bagi satu falsafah kat hampa semua ni: dobi tu korang anggap lah survival game. Kalau korang nak hidup pandai2 lah korang rebut mesin dobi tu. Kalau nampak ada mesin yang tinggal dalam seminit dua minit lagi nak habis tu tunggu je! Kalau nak buat baik tunggu queue bakul kain yang berderet2 tu alamatnya kau basuh sendiri lagi berpekdah dek oii. Tapi rebut2 pun berbudi bahasa lah sikit ye. Jangan pulak korang humban kain baju kawan korang luar tingkap. Memang minta kena basuh tu namanya.
Dan selepas korang basuh tu, korang boleh bawa balik rumah sendiri and sidai, or sidai kat ampaian bilik dobi tu, ada je disediakan. Kalau korang rajin lagi korang boleh je turun bawah, dekat luar kolej pun ada ampaian jugak, boleh berangan ala2 dalam iklan sabun pencuci sikit. HAHA.
Oh, and bagi mengelakkan dehydration, each kolej ada water cooler. But not sure if setiap tingkat ada lah. Airnya sejuk lagi nyaman, dan teramat lah sesuai kalau korang nak buat pedajal dekat kawan2 korang. Muahahahaha *gelak jahat* And dekat tingkat bawah or lobby or whatever lah nama dia dekat kolej kediaman tu ada vending machine jual air botol, or budak2 PALAM yang creative ni panggil air "gedang-gedang". Your job to find out why okay :D
Kolej Kediaman--- Ihsan google.
To be continued---- PART 2.