Okay, ceritanya tahun ni oleh kerana amat memerlukan duit untuk aku sambung belajar nanti (InsyaAllah!), so decided nak travel dekat2 je. Pikiaq punya pikiaq, last2 kami sekeluarga decided nak pergi Universal Studios Singapore je. Trip 2 hari 1 malam. Pergi dengan jiran sebelah (Uncle Naser & Aleesya) and my parent's friends Uncle Azam and family. Total semua 9 orang, 2 biji kereta ke destinasi pertama: Johor!
Hari pertama lepak kat Johor, lepas letak barang kat hotel kami iaitu Kozi Hotel, pergi Johor Premium Outlet. Mak aku yang beriya nak pergi sebenarnya sebab member2 dia dok pakat bercerita barang kat sana murah lah apa semua. Last2 pergi hmm murah lah sangat. Makcik2 tahu idok saya sendiri pakai baju pasar malam yang tak berapa nampak macam baju pasar malam harga RM 10 je hahah. Kitorang tengok2 barang kat kedai2 kat JPO tu muka gila tak memberangsangkan aje tapi nasib baik tempat dia cantik jadi dapat lah melunaskan nafsu camera-whoring tu dengan maha jayanya :D
Kozi Hotel, Danga Bay, Johor. Berdekatan dengan Tune Hotel.
JPO :)
Bajet suwwiiit gittuw. Iolls pakai baju bunga2 so kena tunjuk muka comel ala2 minah bunga sikit haha.
Gentlemen yang agak hilang arah terpaksa temankan para isteri shopping.
Then, jalan punya jalan, nak shopping takde mood (plus takde duit), tekak dah haus tapi berlagak tak reti2 nak beli air so kami memanjangkan langkah ke Baskin Robbins untuk makan ice-cream yang mahal tapi puas hati sebab sedapppp nyum nyum. Yes, I'm happy when I'm with you, food <3
Apa ke nama entah mendalah ni haha janji ada perkataan chocolate & waffle. Sedap!
Muka puas hati. Muehehe ^^
Ini melahap namanya. Jangan tiru aksi ini di rumah.
Muka ini sungguh lah hipokrit sebab nampak bersopan sangat makan tu padahal comotnyaaaaa ;D
Uncle Naser & Aleesya pun nak bersuwwit-suwwit juga :)
Hokay, lepas dah habis merayap kat JPO, kitorang pun pulang ke hotel, rehat2 and siap2, lepas tu keluar untuk makan malam dekat satu restoran dekat seberang hotel kitorang ni, restoran apa entah namanya haha tak ingat tapi famous kot sebab ramai gila orang. Makan besar punyaaaa aku makan nasi goreng ketam ke amenda entah namanya tapi macam kureng sikit so aku jeling2 sikit lah dekat nasi ayah aku kat sebelah masa tu heheh xD
Posing untuk pergi dinner.
One big happy family~ Happy lah dapat makan oii hehe xD
Day 2, bangun awal pagi dan bersiap and breakfast apa semua, then pergi tunggu coach untuk ke USS Singapore kat sebelah hotel tu. Penat dan mengantuk tunggu pepagi buta sekali coach lambat hm dasar janji melayu :P Then lega lepas coach sampai tu, settle immigration apa semua walaupun agak tragik kisahnya boleh pula buat selambaderks tertinggal passport dalam bas, tak ke naya punya kerja tu, dah satu hal terlambat sikit lagi mueheheh. Then on the way tu disebabkan penat atas kekalutan tertinggal passport kitorang sempat lagi tidur dalam coach haha.
Breakfast di 7-11. Pun boleh.
Makan yaww!
Singapore aku datang~!
Tak lama kemudian, sampai lah kami ke USS Singapore. Excited tahap euphoria wa cakap sama lu. Masuk2 terus menggila ambil gambar. Suka sangat settings Hollywood yang classic tu! Masuk2 entrance je dah berpuluh2 gambar kitorang amik, haha. Then we move on to the rides apa semua. Jalan punya jalan mata aku terus nampak roller coaster Battlestar Galactica kat Sci-Fi City yang sebesar2 alam tu, kecut kejap walaupun excited nak naik.
Universal Studios Singapore.
Sulaiman's family + 1.
Pok Mangggg meneman Aleesya naik ride.
Sesame Street Spaghetti Space Chase. Gambar tak clear sebab malap & tengah bergerak.
Me on Accelerator ride. Mild je. Rasa macam naik buaian haha
THIS! Battlestar Galactica <3
Roller coaster tu ada bahagi dua, biru and merah. Biru for humans, merah for cyclons. So dalam kecut tu tak perasan dah pergi kat bahagian cyclons, yang ride dia kaki hanging bak hang! Ingat nak naik yg humans punya tu, sebab dia duduk je macam roller coaster biasa. So apa nak buat, redha habis naik ride tu dengan Izzati (Uncle Azam's daughter). First time junam tu memang seram habis, tapi lepas tu dah best, seronok gila! Kalau dapat duduk front seat tak tau la macam mana haha. Then ingat nak naik yang humans pulak, tapi disebabkan ada banyak lagi tempat aku nak jajah, and lagipun ride tu pun macam biasa je duduk je pun kan, so tak naik dah. It was awesome gilagilagila! ^^
Then, moving on to Ancient Egypt. Naik ride revenge of the mummies yang boleh tahan seram tapi best heheh. Nak masuk ride je kena lalu tunnel yang punya lah jauh berpusing sana sini lagi dengan gelapnya lagi sumpah cuak. Iolls takut tempat gelap lah tahu idok huhu. Nasib baik ride ni aku naik berempat dengan ayah, Uncle Azam and Izzati. Ride ni banyak main 3D, tapi effect dia boleh tahan seram la even ayah aku and uncle azam pun berkeriau lepas keluar daripada ride tu haha.
Revenge of the Mummies.
And then moving on to The Lost World, naik ride Jurassic Park Rapids Adventure, which is like naik bot. Naik ride ni dengan ayah, nasib baik ayah ada sebab bosan gila nak menunggu sebab ramai sangat orang. Dia dah bagi warning ride ni akan menyebabkan kebasahan tapi aku dengan ayah gamble je tak beli pun raincoat segala bagai. Konon takpelah kan, baju basah sikit je. Sekali keluar daripada ride haaa amik seluar basah lencun. Buat lantak aje lah yang mampu hehe. I especially like the part yang naik lif masa ride ni sebab bila lif tu bukak je nampak kepala dinosaur sebesar2 alam atas kepala, and then junam turun slide and basah dengan maha jayanya~
Jurassic Park. Patut buat besar lagi sebab banyak adventure! T^T
By the way, ride2 yang aku cerita ni ride2 yang aku suka naik je. Yang kureng sikit tu pandai2 ah explore sendiri maleh nak cerita haha ampunnnnn ;P
Then, puas naik ride, perut ni pun mula memprotes akibat kelaparan. Kami pun gerak pegi dekat Madagascar, makan dekat Marty's Casa Del Wild Food Court. Makanan kat sini tak 100% halal pun, tapi disebabkan masa kami beli tiket dengan agent tu ada dapat coupon makanan free, so makanan halal was provided untuk kami. Hooray! Untung gila, dah lah makanan memang sedap, so tersangat lah puas hati ^^
Lunch dengan coupon is ohsem gila!
Excited nak makan. Cameraman dibebel sebab mengganggu orang yang tengah kebuluran.
Keluar daripada tempat makan, tengok dekat sebelah characters cerita Madagascar tengah buat show and ada photography session pulak lepas tu. Terus join in and bergambor dengan The Penguins of Madagascar, Alex, and King Julien yang ohsem! Haha comel gila diorang xD Then, patah balik pergi ke Far Far Away, tengok theater 4D cerita Shrek & Fiona. It was fun walaupun ada part geli2 sikit heheh. Yang paling penting best sangat dapat rehatkan kaki dalam dewan theater selama 15 minit tu :P
Muka King Julien spoil sebab belon Aleesya! Hahah
Penguins of Madagascar! My favourite ^^
After that, kitorang patah balik ke New York punya part untuk menunggu parade. Sementara menunggu tu, aku, ayah and Izzati sempat cilok kejap pergi naik ride Transformers. Walaupun agak lama menunggu but it was worth the wait, sebab the ride is totally 5-star! It was a 3-D ride, indoor ride je pun, tapi bila jatuh menjunam tu rasa macam real gila. And then during the battle tu rasa sakit mata bila ada part yang besi2 melayang depan mata haha. Ohsem gilagilagila. Kalau takde orang agaknya kitorang naik second time kot. Hehe. Even better bila keluar tu ada pula character Optimus Prime tengah buat photography session, so sempat lah menyelit sekejap ^^
Autobots, transform, and roll out!
Then, we have the parade. The last parade sebelum closing sebab USS tu pun tutup pukul 7 kalau tak silap. So dapat lah tengok character hensem2 comel2 cantik2. And then kitorang pergi tengok Monster Rock Musical. Macam concert lah actually tapi banyak lagu best2 :)
Macam sama je mueheheh ;P
Elmo :)
Menyibuk orang lain punya sesi photography, lepas tu kena halau dengan maha jayanya yeah janji gambar den hado!
Oscar ^^
Sesame Street Meet & Greet.
Parade: The Walk of Fame
Director Woody Woodpecker.
Madagascar!
Tau tak tau tak penguin ni kuanghajo pi tembak orang guna pistol air eii eii nasib baik comel kalau tak aku tembak balik haha
Abang katanggggg
Monster Rock Musical.
And then before going back, macam biasalah, bershopping dekat souvenir shops. Lepas tu keluar, menunggu bas dengan lemah lembut lembik lembabnya kemudian headed back to Kozy Hotel, Johor. Balik Seremban malam tu juga and sampai rumah pukul 2 pagi. Yang lagi sedih aku lepas Subuh baru dapat tidur dek kerana muscle cramp yang amat teruk muahaha tu lah jalan tak berhengat, bukannya reti nak warm up dulu ke apa, terus jalan macam takde hari esok. Tu makan dia haha.
Shopping mode: ON!
Haaaaa tu nak minta daddy dia beli lah tu haha
Trophy sempena Daddy's Day masa tu hehe saranghae appa <3
I <3 USS!
Byebye USS :)
Maka sekian lah cerita aku di Johor-Singapore. Ohsem sangat2 walaupun trip dekat2 aje! Rasa macam nak pergi lagi je. B6, jom kumpul duit, kita buat reunion kat USS Singapore? Haha agak gila tak buat cadangan macam ni? ;P
USS was ohsem! Goodbye and hope to be here again ^^
Okay, sudah habis membebel. Nantikan kemunculan aku lagi ye? Adios!
No comments:
Post a Comment