Soalan-soalan ini ditanyakan pada aku pada suatu hari yang hening:
"Hai, bahagia nampak?"
"Boyfriend baru ke?"
"Apa cerita kau dengan yang dulu tu?"
"Macam mana boleh clash? Siapa yang buat hal?"
"Bila and macam mana boleh kenal dengan boyfriend baru ni?"
"Wah... dah maju kau sekarang eh?"
Kalau ini bentuk-bentuk soalan yang ingin kau tanyakan pada aku,
nasihat aku hanya satu:
Berhenti.
Unless korang nak tau how does it feel to be completely ignored, then silakan.
Sorry if I'm being rude.
Sebab sebelum ni pun, aku bahagia.
Syukur Alhamdulillah, hidup aku lengkap serba serbi.
Dalam kesenangan kadang kala diuji, kerana aku adalah hamba-Nya.
Dan Dia telah menjanjikan yang seorang hamba itu takkan diuji melebihi kemampuannya.
Usah dilabel dengan "boyfriend baru".
Sebab aku bukannya tukar boyfriend macam tukar baju.
Jangan tanya aku apa yang terjadi antara aku dan dia yang dulu.
Sebab yang salahnya mungkin aku, mungkin juga dia.
Tak perlu untuk aku membuka pekung di dada, tak perlu juga untuk aku membuka aib sesiapa.
Matikan cerita dengan ayat cliche, "Biarlah rahsia".
Aku tak mengerti.
Apa significant untuk kau mengetahui kisah aku dan dia.
Kerana aku bukan siapa-siapa.
Hanya seorang blogger picisan.
Dan...
"Maju".
...
Hello? Kau hidup zaman apa? Sebab manusia memang dah lama maju.
Cuma sayangnya, dari segi akhlak dan adab, kita sememangnya semakin mundur.
Maaf, tujuan post ini bukan untuk marah, bukan untuk sentap.
Hanya untuk menjawab persoalan mereka yang telah terlalu lama berlegar.
Maaf sekali lagi, kerana aku tak selesa membicarakan soal perasaan.
Doakan yang baik-baik sahaja harapnya.
Andai perubahan ini baik, biarkan aku. Andai ada khilafku, tegurlah dengan berhemah.
:)
Adios!