Friday, July 12, 2013

Dahulunya hanya secebis impian.

Assalamualaikum and Hi! Harini guwa ada cerita zaman dulu kala nak storey-morey.

"Ayah, Adda tak minat lah sains. Adda ingat nak amik ICT."

"Masuk je aliran sains dulu... Nanti lepas SPM baru senang nak pilih bidang2 apa semua."

Aku akur dengan nasihat ayah. Aku yakin ayah hanya mahukan yang terbaik untuk aku, satu-satunya anak yang dia miliki.

Entah dari mana datang minat tu. Tak sangka boleh jatuh cinta dengan subject Biology. Tak pernah kisah walaupun terasa peritnya belajar. Sejak hari itu...

"Ibu, ayah, Adda nak further study medic nanti."

Nekad.

"Kalau minat Bio, kenapa tak nak amik major Biology aje? Kenapa medic?"

"Dah suka."

Itu sahaja. Suka. Suka dengan pekerjaan yang sesetengah orang melabelkan sebagai 'kerja kuli' itu. Tiada penjelasan yang lebih terperinci mampu ke beri. Yang aku tahu, itu minat aku. Dan aku nekad untuk kejar cita-cita aku.

"Macam tak sesuai aje dengan kau!"

Kecaman. Kutukan. Kata-kata sinis. Semua itu aku letak tepi. Ini pilihan aku. Ini yang akan membentuk hidup aku nanti, bukan cakap-cakap kosong mereka.

Dalam perjuangan aku selama ni, banyak kali aku menangis. Banyak kali aku jatuh, terduduk.

Tipu kalau aku kata, aku tak pernah rasa seperti ingin give up. Campak tepi semua ni dan cari minat baru. Tapi aku pegang prinsip ini...

"Semua benda ada susah dan senangnya. Kalau kau give up sekarang, sampai bila2 kau akan terus give up macam ni."

So I moved on.

11 Julai 2013. Hanya debaran yang mampu menjawab perasaan aku pagi tu. Dugaan pula bila website asyik problem. Tak keruan dibuatnya. Mungkin Allah saja menduga.


Alhamdulillah, rezeki. Berkat doa ibu, ayah dan orang2 sekeliling. Syukur tak terkata. Air mata pun tak mampu aku titiskan kerana merasa seolah tak percaya.

September ini akan bergelar pelajar Fakulti Perubatan UKM, InsyaAllah.

Dan semuanya bermula... Hanya dari impian kecil NurulSyuhadaSulaiman.

1 comment:

ANONYMOUS ; THAT'S BETTER said...

tahniah syuu :) gudluck in your study..make your family proud..nnt aku sakit cari ko je tau..haha